BUSUK!

Khamis, 26 Julai 2012

Alangkah Indahnya Mati Syahid

Mari kita renung hari-hari yang berlalu..
Siang dan malam yang berganti-ganti..
Dunia berjalan tapi pasti ada penghujungnya,

Mari kita fikir sejenak,
kemanakah kita akan pergi?

Kita akan mati dan akan kembali kepada Allah sang Pencipta kita,

Kita tidak dapat lari dari kematian,
setiap hari orang mati, mati dan mati,
dan kita hanyalah menunggu masa untuk mati.

Malam dan siang yang bersilih ganti itu..
memberi tahu kita akan hampirnya masa untuk kita kembali kpd Allah,

dan kita hanyalah menunggu masa untuk kembali bertemu Allah.

kita tidak dapat lari dari kematian.


Lalu, apa yang harus kita lakukan?

Yang harus kita lakukan ialah memilih bagaimana cara kita nak mati.

Pilih seni kematian.

.........................................



Aku bertemu Tuhanku dalam keadaan syahid,
Wajah tersenyum, memancarkan bau kasturi,
Di dunia hidup bergelumang debu dan darah di jalan Allah,
Namun di akhirat hidup sebagai raja,
Ditempatkan bersama Rasulullah di syurga firdaus,
Bergembira dan berseronok suka dengan bidadari jelita,
Di mahsyar dapat menarik 70 orang ahli keluarga masuk syurga,
Seluruh dosa dihapuskan melainkan hutang,
Namun Allah akan tolong langsaikan hutang dan memasukkan aku ke syurga,

Jihad adalah salah satu pintu syurga,
yang orang beriman idam-idamkan..


Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani.

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." - Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani.


Mengenang 3 tahun pemergian Allahyarham..

Israel Laknatullah Akan Menyerang Syria



BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria.

Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam.

Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah.

Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon.

Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria.

Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.

Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk.

Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar.

Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir.

Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar.

Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar. 


Sumber

Murkah Allah SWT

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan shalat, maka si syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu dzuhur orang ini tidak mengerjakan shalat, si syaitan tersenyum lebar sambil berkata di dalam hati, Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, si syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka syaitan itu menjadi sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknatNya; APALAGI ENGKAU YANG HARI INI SAHAJA KUSAKSIKAN TELAH LIMA KALI MEMBANGKAG UNTUK BERSUJUD PADA-NYA. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata syaitan sambil berlalu pergi.

Sumber; http://darifbkebelog.blogspot.com/2012/07/tak-solat-5-waktu-syaitan-takut.htmlhttp://darifbkebelog.blogspot.com
ps: sekadar teladan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...