BUSUK!

Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2012

As-Syahid Husamuddin Al-Armenazi, 'Syahid'

Rabu, 1 Ogos 2012

Tindakan Pejuang Palestin Memaksa Israel Tunduk



 


Pada 7/4/2011, pejuang Palestin telah melancarkan sebuah roket ke kawasan yang diduduki Israel. Ia dikatakan telah mengenai bas sekolah kanak-kanak dan pihak kerajaan Israel mendakwa bahawa bas tersebut menurunkan kanak-kanak kecil sekolah.

Roket yang dilancarkan itu hampir membunuh ramai orang jika ia sampai lebih awal. Orang-orang Israel bingung dengan tahap ketepatan sasaran pejuang dan ketepatan roket tersebut jika sememangnya ditujukan ke sasaran tersebut.

Sebahagian penganalisa telah berbeza pendapat apakah benar roket itu memang ditujukan ke sasaran itu atau sekadar kebetulan mengenai bas. Serangan tersebut juga menunjukkan peningkatan upaya berdasarkan ketepatan sasarannya.

Ia menjadi masalah bagi Zionis dengan mengalami kerugian yang banyak sekalipun mendakwa punyai kubah besi atau pelindung angin - istilah bagi sebuah sistem pertahanan yang tercanggih untuk memintas roket pejuang Palestin. Sememangnya pejuang Palestin memiliki simpanan berbagai roket yang mampu menentang pesawat dan tenteranya yang dikenali sebagai tentera pertahanan Israel.

Semua roket itu gagal disekat atau dipintas oleh tentera musuh samada dengan patriot buatan amerika atau sistem roket yang baru dihantar oleh Amerika Syarikat untuk membina sistem kubah besi yang bernilai jutaan dolar dan ditanggung oleh tentera Israel bagi tujuan menjatuhkan roket al-Qassam dan skuad alquds serta roket dari para pejuang lain yang didakwa oleh Israel sebagai versi awal.

Roket-roket ini samada ia versi awal tempatan atau diperolehi dari pasaran gelap, ia tetap merimaskan dan menyakitkan kerajaan zionis. Ia umpama duri di kerongkong kerajaan Israel dan bagi tentera, mereka menganggap ia telah membentuk imbangan kuasa.

Roket-roket pemberontak ini, selain ia menimbulkan rasa cemas dan bimbang sebagaimana yang diperkatakan oleh sesama penduduk Israel, ia juga membimbangkan kerajaan zionis. Adapun roket yang mengenai bas sebenarnya memang punyai ketepatan menuju sasaran kerana ia adalah roket anti pesawat yang akan menuju sasaran panas. Di mana ia akan menuju kawasan yang paling panas iaitu enjinnya. Di mana roket itu sebenarnya memang menuju sasaran panas.

Roket-roket yang mencemaskan ini bukan roket yang tiada nilai sebagaiamana dikata oleh presiden Israel. Ia telah menyebabkan histeria dalam masyarakat Israel, dan telah mengakibatkan beberapa orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera parah, roket itu juga bukan seperti patung yang dibuat dari kertas yang dikeraskan atau batang paip kosong seumpama mercun sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini. Para penyokong pejuang Islam berpendapat bahawasanya matlamat roket-roket ini ialah untuk mengimbangi sekatan tentera Israel dengan perkiraan bahawasanya roket-roket itu sebagai tanda bantahan terhadap penaklukan Israel dan bukan maksud untuk memerdekakan tanah air mereka yang telah ditakluk.

Lagipun zionis Israel - si penakluk - ini tidak mahu memahami sesiapa yang menggunakan bahasa berbicara atau dengan laungan-laungan. Mereka hanya memahami betapa bisanya kekuatan senjata. Roket-roket tersebut bukannya aktiviti penjenayah ia sekadar satu cara pejuang Islam menentang dalam mempertahankan rakyat palestin dan tanah airnya yang dirampas oleh perampas Zionis Israel.

Adapun keadaannya sebagai versi awal ciptaan, ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri tambahan dengan keupayaan yang unik hingga tidak dapat dibezakan tahap terjahannya. Lagipun ia telah berjaya menimbulkan keresahan semua rakyat Israel tanpa ada yang terkecuali kalau-kalau mungkin akan ada yang menjadi sasaran seterusnya.

Para pejuang Islam telah berjaya mengusir penduduk di beberapa penempatan yang bersebelahan dengan semenanjung gaza dari tempat tinggal mereka dan menyebabkan mereka berada dalam lingkungan sasaran roket-roket yang "tiada nilai" dan "masih mentah" ini, di mana ia sentiasa mempertingkat keupayaannya agar sampai ke sasarannya yang lebih jauh. Perkara yang menakutkan pimpinan perang Zionis Israel ialah jika roket-roket itu mampu sampai ke tengah-tengah Tel Aviv atau markas-markas tentera dan pos-posnya dalam Israel satu hari nanti, ia boleh mengancam kedudukan serta menjejaskan keselamatan mereka. Ketika itu mungkin rakyat Israel terpaksa mengadakan perbincangan dengan pihak yang mereka namakan sebagai pengganas atau gerakan pengganas Hamas dan Jihad Islam.

Dengan sebab itu roket-roket pejuang Islam itu dianggap oleh pimpinan Israel sebagai telah menyentuh dinding/sempadan keselamatan Negara Israel yang dikira sebagai ancaman strategik yang tidak mungkin dapat disekat. Roket-roket pejuang Palestin dari Gaza samada buatan tempatan atau diimport adalah berjarak dekat dan tidak mungkin dapat dijangka, juga tiada cara untuk menghapuskannya. 


Roket-roket pejuang Islam ini telah menjadikan ratusan rakyat Israel bakal menjadi sasaran roket dan diselubungi rasa cemas. Roket-roket itu mampu mengancam keselamatan Negara zionis. Dimana pimpinan tentera pertahanan zionis gagal melindungi rakyatnya dari ancaman roket kerana ketiadaan upaya mereka mencegahnya atau melawannya kerana tiada peralatan pertahanan yang mampu melindungi penghuni atau penduduk yahudi di bandar-bandar terdekat dengan sempadan Semenanjung Gaza sekalipun terdapat apa yang dinamakan sebagai kubah besi atau pelindung angin yang bernila jutaan dolar. Semua ini menyebabkan mereka terus-menerus mengepung Semenanjung Gaza dan mengancam untuk menceroboh dari semasa ke semasa. Selain tindak balas pesawat mereka yang melancarkan roket dan mengebom kawasan-kawasan yang diragui di situ.

Apa yang membimbangkan pegawai keselamatan zionis ialah kejayaan kumpulan pejuang palestin di gaza mendapatkan roket-roket iran dan mempertingkatkan keupayaan roket-roket buatan rakyat palestin tempatan yang mereka pelajari di Syria dan Lubnan dari kumpulan Hizbullah ketahap roket itu mampu sampai ke dalam Negara Israel.

Sejak akhir-akhir ini terdapat maklumat tentang kumpulan-kumpulan Palestin telah memperolehi roket-roket Grad dan roket-roket bahu anti pesawat yang mampu menjatuhkan pesawat dalam jarak sekitar 4 kilometer. Juga roket-roket anti kereta kebal yang mempunyai dua kepala yang menembusi kereta kebal berjenama "Mirkafa" yang canggih dan menjadi kebanggaan industri persenjataan zionis. Menyebabkan senjata udara Israel memberhentikan operasi helikopter terbang rendah di ruang udara Gaza kerana bimbang menjadi sasaran dan mereka hanya melibatkan pesawat-pesawat tanpa juruterbang "az-Zananat" untuk menembak sasarannya.

Pimpinan Israel telah mengetahui tentang kejayaan Hamas dan Jihad Islam memperoleh senjata canggih dan roket-roket yang boleh sampai jauh ke dalam Israel seperti Askalan dan Usdud serta sekitarnya. Sesungguhnya pejuang Islam telah mampu menggugat keamanan Negara Israel dan mencipta imbangan kuasa hingga memaksa Israel memikirkan semula tentang faktor bertenang atau perdamaian dengan pejuang Islam.

Sejak akhir-akhir ini kerajaan Gaza telah membicarakan tentang perdamaian tak bertulis dengan kerajaan zionis untuk tempoh yang tidak ditentukan yang telah diusahakan oleh perantara baru dari Mesir iaitu Menteri Luarnya Nabil al-Arabi.

Penulis: Fahir Syaritah

Penterjemah: Abu Nada (ahmadun11@yahoo.com)



 
Sumber: Felesten | Catatan: Abumohd | 19 Mei 2011

Jumaat, 27 Julai 2012

RAYUAN: Di bulan puasa Ramadan

RAYUAN: Di bulan puasa Ramadan ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul. Bayangkan kalau mesej ini tersebar dan di SHARE kepada berjuta umat Islam dan semuanya berdoa. Insya Allah kita dapat bantu saudara se Islam kita di Rohingya, Myammar yang sedang ditindas dan dibunuh itu dengan doa kita semua. Doakan umat Islam di sana diberikan kekuatan dan kemenangan serta sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka semua, baik yang hidup atau mati.

Dalam gambar di atas, anak-anak kecil yang tidak berdosa mati dengan tangannya masih terikat rapi. Saya sedih.. pilu.. marah... anda bagaimana?

Please SHARE.
via FB : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Khamis, 26 Julai 2012

Israel Laknatullah Akan Menyerang Syria



BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria.

Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam.

Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah.

Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon.

Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria.

Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.

Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk.

Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar.

Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir.

Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar.

Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar. 


Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...