Pada 7/4/2011, pejuang Palestin telah melancarkan sebuah roket ke
kawasan yang diduduki Israel. Ia dikatakan telah mengenai bas sekolah
kanak-kanak dan pihak kerajaan Israel mendakwa bahawa bas tersebut
menurunkan kanak-kanak kecil sekolah.
Roket yang dilancarkan itu
hampir membunuh ramai orang jika ia sampai lebih awal. Orang-orang
Israel bingung dengan tahap ketepatan sasaran pejuang dan ketepatan
roket tersebut jika sememangnya ditujukan ke sasaran tersebut.
Sebahagian
penganalisa telah berbeza pendapat apakah benar roket itu memang
ditujukan ke sasaran itu atau sekadar kebetulan mengenai bas. Serangan
tersebut juga menunjukkan peningkatan upaya berdasarkan ketepatan
sasarannya.
Ia menjadi masalah bagi Zionis dengan mengalami
kerugian yang banyak sekalipun mendakwa punyai kubah besi atau pelindung
angin - istilah bagi sebuah sistem pertahanan yang tercanggih untuk
memintas roket pejuang Palestin. Sememangnya pejuang Palestin memiliki
simpanan berbagai roket yang mampu menentang pesawat dan tenteranya yang
dikenali sebagai tentera pertahanan Israel.
Semua roket itu
gagal disekat atau dipintas oleh tentera musuh samada dengan patriot
buatan amerika atau sistem roket yang baru dihantar oleh Amerika
Syarikat untuk membina sistem kubah besi yang bernilai jutaan dolar dan
ditanggung oleh tentera Israel bagi tujuan menjatuhkan roket al-Qassam
dan skuad alquds serta roket dari para pejuang lain yang didakwa oleh
Israel sebagai versi awal.
Roket-roket ini samada ia versi awal
tempatan atau diperolehi dari pasaran gelap, ia tetap merimaskan dan
menyakitkan kerajaan zionis. Ia umpama duri di kerongkong kerajaan
Israel dan bagi tentera, mereka menganggap ia telah membentuk imbangan
kuasa.
Roket-roket pemberontak ini, selain ia menimbulkan rasa
cemas dan bimbang sebagaimana yang diperkatakan oleh sesama penduduk
Israel, ia juga membimbangkan kerajaan zionis. Adapun roket yang
mengenai bas sebenarnya memang punyai ketepatan menuju sasaran kerana
ia adalah roket anti pesawat yang akan menuju sasaran panas. Di mana ia
akan menuju kawasan yang paling panas iaitu enjinnya. Di mana roket itu
sebenarnya memang menuju sasaran panas.
Roket-roket yang
mencemaskan ini bukan roket yang tiada nilai sebagaiamana dikata oleh
presiden Israel. Ia telah menyebabkan histeria dalam masyarakat Israel,
dan telah mengakibatkan beberapa orang terbunuh dan puluhan yang lain
cedera parah, roket itu juga bukan seperti patung yang dibuat dari
kertas yang dikeraskan atau batang paip kosong seumpama mercun
sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini. Para penyokong pejuang Islam
berpendapat bahawasanya matlamat roket-roket ini ialah untuk
mengimbangi sekatan tentera Israel dengan perkiraan bahawasanya
roket-roket itu sebagai tanda bantahan terhadap penaklukan Israel dan
bukan maksud untuk memerdekakan tanah air mereka yang telah ditakluk.
Lagipun
zionis Israel - si penakluk - ini tidak mahu memahami sesiapa yang
menggunakan bahasa berbicara atau dengan laungan-laungan. Mereka hanya
memahami betapa bisanya kekuatan senjata. Roket-roket tersebut bukannya
aktiviti penjenayah ia sekadar satu cara pejuang Islam menentang dalam
mempertahankan rakyat palestin dan tanah airnya yang dirampas oleh
perampas Zionis Israel.
Adapun keadaannya sebagai versi awal
ciptaan, ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri tambahan dengan keupayaan
yang unik hingga tidak dapat dibezakan tahap terjahannya. Lagipun ia
telah berjaya menimbulkan keresahan semua rakyat Israel tanpa ada yang
terkecuali kalau-kalau mungkin akan ada yang menjadi sasaran
seterusnya.
Para pejuang Islam telah berjaya mengusir penduduk di
beberapa penempatan yang bersebelahan dengan semenanjung gaza dari
tempat tinggal mereka dan menyebabkan mereka berada dalam lingkungan
sasaran roket-roket yang "tiada nilai" dan "masih mentah" ini, di mana
ia sentiasa mempertingkat keupayaannya agar sampai ke sasarannya yang
lebih jauh. Perkara yang menakutkan pimpinan perang Zionis Israel ialah
jika roket-roket itu mampu sampai ke tengah-tengah Tel Aviv atau
markas-markas tentera dan pos-posnya dalam Israel satu hari nanti, ia
boleh mengancam kedudukan serta menjejaskan keselamatan mereka. Ketika
itu mungkin rakyat Israel terpaksa mengadakan perbincangan dengan pihak
yang mereka namakan sebagai pengganas atau gerakan pengganas Hamas dan
Jihad Islam.
Dengan sebab itu roket-roket pejuang Islam itu
dianggap oleh pimpinan Israel sebagai telah menyentuh dinding/sempadan
keselamatan Negara Israel yang dikira sebagai ancaman strategik yang
tidak mungkin dapat disekat. Roket-roket pejuang Palestin dari Gaza
samada buatan tempatan atau diimport adalah berjarak dekat dan tidak
mungkin dapat dijangka, juga tiada cara untuk menghapuskannya.
Roket-roket
pejuang Islam ini telah menjadikan ratusan rakyat Israel bakal menjadi
sasaran roket dan diselubungi rasa cemas. Roket-roket itu mampu
mengancam keselamatan Negara zionis. Dimana pimpinan tentera pertahanan
zionis gagal melindungi rakyatnya dari ancaman roket kerana ketiadaan
upaya mereka mencegahnya atau melawannya kerana tiada peralatan
pertahanan yang mampu melindungi penghuni atau penduduk yahudi di
bandar-bandar terdekat dengan sempadan Semenanjung Gaza sekalipun
terdapat apa yang dinamakan sebagai kubah besi atau pelindung angin yang
bernila jutaan dolar. Semua ini menyebabkan mereka terus-menerus
mengepung Semenanjung Gaza dan mengancam untuk menceroboh dari semasa
ke semasa. Selain tindak balas pesawat mereka yang melancarkan roket dan
mengebom kawasan-kawasan yang diragui di situ.
Apa yang
membimbangkan pegawai keselamatan zionis ialah kejayaan kumpulan pejuang
palestin di gaza mendapatkan roket-roket iran dan mempertingkatkan
keupayaan roket-roket buatan rakyat palestin tempatan yang mereka
pelajari di Syria dan Lubnan dari kumpulan Hizbullah ketahap roket itu
mampu sampai ke dalam Negara Israel.
Sejak akhir-akhir ini
terdapat maklumat tentang kumpulan-kumpulan Palestin telah memperolehi
roket-roket Grad dan roket-roket bahu anti pesawat yang mampu
menjatuhkan pesawat dalam jarak sekitar 4 kilometer. Juga roket-roket
anti kereta kebal yang mempunyai dua kepala yang menembusi kereta kebal
berjenama "Mirkafa" yang canggih dan menjadi kebanggaan industri
persenjataan zionis. Menyebabkan senjata udara Israel memberhentikan
operasi helikopter terbang rendah di ruang udara Gaza kerana bimbang
menjadi sasaran dan mereka hanya melibatkan pesawat-pesawat tanpa
juruterbang "az-Zananat" untuk menembak sasarannya.
Pimpinan
Israel telah mengetahui tentang kejayaan Hamas dan Jihad Islam
memperoleh senjata canggih dan roket-roket yang boleh sampai jauh ke
dalam Israel seperti Askalan dan Usdud serta sekitarnya. Sesungguhnya
pejuang Islam telah mampu menggugat keamanan Negara Israel dan mencipta
imbangan kuasa hingga memaksa Israel memikirkan semula tentang faktor
bertenang atau perdamaian dengan pejuang Islam.
Sejak akhir-akhir
ini kerajaan Gaza telah membicarakan tentang perdamaian tak bertulis
dengan kerajaan zionis untuk tempoh yang tidak ditentukan yang telah
diusahakan oleh perantara baru dari Mesir iaitu Menteri Luarnya Nabil
al-Arabi.
Penulis: Fahir Syaritah Penterjemah: Abu Nada (ahmadun11@yahoo.com)
Sumber: Felesten | Catatan: Abumohd | 19 Mei 2011